 |
|
POLITEKNIK KOTA
BHARU |
|
P04-DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
Kursus ini memberi penekanan kepada
beberapa aspek dalam kejuruteraan awam seperti rekabentuk, pengurusan
pembinaan dan penganaliasaan. Mata pelajaran yang dipelajari termasuk
Matematik, Lukisan Kejuruteraan, Struktur, Hidrologi, Mekanik Tanah,
Kejuruteraan Jalan raya, Pengurusan Pembinaan, Aturcara Kontrak dan Ukur
Bahan. Selepas menamatkan pengajian pada peringkat diploma ini pelajar dapat
ditempatkan di industri pembinaan sebagai Penyelia bahagian kerja-kerja
penyeliaan ataupun sebagai Pembantu Teknik Awam di jabatan-jabatan kerajaan.
Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan pelajaran mereka di peringkat ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti yang ada bagi
menjadi seorang Jurutera. |
|
P05-DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN
Kursus ini melengkapkan pelajar untuk
menjadi Pembantu Teknik di Sektor Perkhidmatan Bangunan yang mana
pelajar-pelajar akan terlibat dengan para profesional yang lain di sektor
Pembinaan Bangunan. Gabungan ini adalah untuk memastikan setiap bangunan
yang dibina menepati keperluan untuk keselesaan pengguna serta menjamin
keselamatan mereka. Pelajar juga terlibat dengan mereka bentuk sistem
perkhidmatan bangunan. Di samping memberi ruangan yang selesa bagi pengguna,
pelajar-pelajar juga didedahkan dalam proses penyelenggaraan alatan
perkhidmatan bangunan. Kursus ini direka bentuk untuk memberi pengetahuan
yang komprehensif tentang perkhidmatan bangunan yang terdapat dalam bangunan
seperti sistem pencahayaan, sistem perpaipan, sistem pencegahan kebakaran,
sistem bekalan air sejuk dan panas, sistem pembuangan sisa, sistem
pengudaraan dan penghawa dingin, sistem elektrik, lif dan eskalator. Peluang
kerjaya luas bagi lulusan diploma ini sebagai Penyelia dalam kerja-kerja
penyelenggaraan bangunan di sektor swasta ataupun sebagai Pembantu Teknik
Awam di jabatan-jabatan kerajaan. Lulusan diploma ini juga boleh melanjutkan
pelajaran mereka ke peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti. |
|
P08-DIPLOMA SENI BINA
Kursus ini bertujuan untuk melatih
pelajar menjadi Pembantu Teknik Seni Bina yang berupaya menyediakan
rekabentuk struktur dan lukisan persembahan bangunan. Di antara mata
pelajarannya ialah Lukisan seni bina, Perkhidmatan Bangunan, Rekabentuk Seni
Bina, CAD, Sejarah Seni Bina, Sains Persekitaran dan lain-lain. Pelajar
dilatih secara manual atau menggunakan komputer bagi menghasilkan lukisan
arkitek bagi sebuah bangunan serta membuat kerja persembahan seperti membuat
model untuk pembangunan projek-projek baru. Lulusan diploma mempunyai
peluang pekerjaan yang meluas di firma-firma arkitek sebagai Pembantu
Arkitek manakala di sektor awam mereka boleh bekerja di Jabatan-Jabatan
kerajaan sebagai Pembantu Teknik Seni Bina. Lulusan diploma ini juga boleh
melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di
Universiti bagi menjadi seorang Arkitek di masa hadapan. |
|
P09-DIPLOMA UKUR BAHAN
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan serta pendedahan mengenai bidang ukur bahan dan ekonomi
binaan. Lulusan diploma ini akan menjadi seorang pembantu Teknik Ukur Bahan
yang terlibat dalam perancangan pembinaan, pelaksanaan, pengawalan kewangan
dan berbagai peringkat proses pembinaan yang meliputi kajian kemungkinan,
pra-tender dan pembinaan di tapak sehingga peringkat selepas pembinaan. Di
antara mata pelajaran yang dipelajari ialah Penggunaan Komputer, Matematik
dan Sains Kejuruteraan, Lukisan Bangunan, Ukur kejuruteraan, Aturcara
Bangunan, Ukur Kerja Bangunan, Teknologi Binaan & Bahan, Amalan Pejabat,
Perkhidmatan Bangunan, Penulisan Penentuan, Tawaran & Anggaran, Aturcara
Pascakontrak & Amalan Ikhtisas, Projek Ukur Bahan, Ekonomi Binaan, Aturcara
& Amalan Ikhtisas,Komunikasi & Pengurusan Binaan, Undang-Undang Binaan,
Teknologi Binaan & Kemudahan dan Ukur Kerja Kejuruteraan Awam. Lulusan
diploma ini mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas di firma-firma Ukur
Bahan di sektor swasta manakala di sektor awam mereka boleh bekerja di
Jabatan-Jabatan kerajaan Sebagai Juruteknik Ukur Bahan. Lulusan diploma ini
juga boleh melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda
Ukur Bahan di Universiti bagi menjadi seorang Juru Ukur Bahan. |
|
- Sijil
Kejuruteraan Awam (Pembinaan)
- Sijil Kejuruteraan Awam (Lebuhraya)
- Sijil Kejuruteraan Awam (Kerja Raya & Kaji Air)
- Sijil Ukur Bahan
|
|