POLITEKNIK KOTA BHARU

 

  1) PENDAHULUAN

Jawatankuasa Kajian Semula Sistem semester telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa ciri-ciri Sistem Semester pada sesi Jun 2001.

Bagi tempoh Peralihan atau "Interim" ini, Jawatankuasa kerja Peperiksaan mencadangkan cici-ciri berikut dilaksanakan.

2) SISTEM NILAIAN MATA

Sistem penilaian Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi seseorang pelajar di dalam sesuatu kursus dan dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata(SNM).

Mengikut sistem ini "score"atau Nilai Mata bagi sesuatu modul dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu ukuran prestasi akan digunakan bagi menetapkan Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) dan Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA).

PNM menunjukkan prestasi pelajar bagi semester semasa manakala HPNM pula menunjukkan pencapaian akademik seseorang pelajar di dalam beberapa semester.

3) SISTEM GRED

Semua markah yang diperolehi oleh seorang pelajar didalam sesuatu modul akan diletakkan di bawah kumpulan dan akan diberi Nilai Mata dan gred.

   

>>|matlamat|

copyright © by http://www.pkb.xs3.com any question mail to webmaster

best viewed by Internet Explorer 5.0 and above with resolution 800*600